Klik untuk paparan yang lebih jelas |
Seminar Kebangsaan Pengajian Akidah dan Agama (SIGMA) dirangka bagi mendedahkan para mahasiswa /mahasiswi tentang pemahaman Ilmu Usuluddin dan Akidah Ahli Sunnah wal Jamaah yang sebenar. Disamping itu, seminar ini juga menghimpunkan mahasiswa dan mahasiswi yang menuntut di IPTA & IPTS di seluruh Malaysia dalam program Usuluddin atau di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dikenali sebagai program Pengajian Akidah & Agama.
Kedatangan Islam yang dibawa oleh pedagang Arab, Cina dan India ke Tanah Melayu membawa impak yang besar kepada masyarakat Melayu pada ketika itu. Dunia keilmuan alam Melayu kemudiannya terus berkembang pesat dengan kelahiran pelbagai kitab-kitab seputar isu-isu akidah, tasawwuf dan falsafah. Manuskrip-manuskrip Melayu seperti Sirat al-Mustaqim (Syeikh Nuruddin al-Raniri), Wardah al-Zawahir (Syeikh Daud bin Abdullah al-Fatani ), Sayr al-Salikin ila 'Ibadah Rabb al-'Alamin (Syeikh Abdul Samad al-Palembani) dan lain-lain terus menjadi rujukan para ilmuan di institusi pengajian tradisional mahupun moden sehingga kini.
SIGMA Ke-III membawakan kelainan pada kali ini dengan tema 'Isu Isu Akidah dan Perbandingan Agama di Tanah Melayu'. Tema ini bakal dikupas oleh ahli akademik tempatan dan antarabangsa yang dijemput khas. Topik yang menjadi fokus kali ini adalah Ilahiyyat, Nubuwwat, Sami'yyat, Firaq Islamiyyah, Tasawwuf, Pemikiran Islam, Perbandingan Agama, Psikologi Agama, Sosiologi Agama, Antropologi Agama dan Dialog Antara Agama
No comments:
Post a Comment