Pages

Sunday 28 September 2014

SIGMA 4 : SELESAI!



Alhamdulillah! Alhamdulillah! Alhamdulillah!




sebahagian para peserta SIGMA 4

Alhamdulillah di atas kelancaran satu program besar USIM, Seminar Kebangsaan Pengajian Akidah dan Agama 2014 (SIGMA 4) yang telah berlangsung pada 27/9/2014 yang lepas. :)

SIGMA 4 berjaya membawa lebih kurang 24 pembentang kebangsaan dan antarabangsa serta mengumpulkan 24 kertas kerja. Syabas kepada semua AJK SIGMA 4, penganjur bersama dan penaja yang telah menjayakan program besar ini.

Segala apa yang kami risaukan, yang kami takutkan, yang sentiasa menganggu fikiran kami, yang kami resahkan, sudah pun berakhir semalam. Terima kasih kepada semua peserta USIM, UIA, UNISZA dan beberapa orang luar yang hadir ke majlis ilmu Seminar Kebangsaan Pengajian Akidah Dan Agama 2014 (SIGMA 4) tempoh hari.

sebahagian AJK Lelaki, SIGMA 4 bersama para pensyarah

sebahagian AJK Perempuan, SIGMA 4 bersama para pensyarah
Walaupun menerima pujian dan ucapan tahniah serta syabas daripada para pensyarah, para peserta course selain Akidah, namun, kami, AJK SIGMA 4, tetap mahu memohon jutaan kemaafan andai ada kekurangan sepanjang program berlangsung. Kami hanyalah insan biasa, tak sempurna.

Namun, Allah telah mengizinkan kami semua melaksanakan program ini dengan jayanya. Benarlah, bila hari kejadian berlaku, 'kita REDAH saja!' Tahniah dan terima kasih banyak2 pada tulang belakang kami, penasihat utama kami, ustaz Mohd Rozmizi Abd Rahman dan juga ustaz Ahmad Najaa, yang juga merupakan pensyarah kami. Andai ada jarum yang patah, jangan disimpan di dalam peti. Andai ada silap dan salah, jangan disimpan di dalam hati.

Sebelah malamnya pula, sempena Pasca SIGMA 4, kelas talaqqi kitab Tījān al-Darārī dengan Ustaz Zaidi Abdullah di surau FKP dan diijazahkan sanadnya secara khusus.

Ustaz Rosmizi memberi penghargaan kepada
Ketua Program Pengajian Akidah dan Agama, Prof. Madya Dr. Kamaluddin Nurdin
Di kesempatan yang ada ini, kami mahu berkongsi ucapan penghargaan pengarah program SIGMA 4, yang juga merupakan pensyarah program Pengajian Akidah dan Agama iaitu ustaz Mohd Rosmizi Abd Rahman, :-

Assalamu'alaikum

Ucapan Terima Kasih dan Tahniah Sempena Kejayaan SIGMA 4

Mewakili AJK SIGMA 4 (Seminar Pengajian Akidah dan Agama 2014), kami mengucapkan jutaan terima kasih dan tahniah kepada semua yang telah terlibat dalam menjayakan SIGMA 4 pada 27 Sept. 2014 dengan jayanya. SIGMA 4 kali ini telah mengupas isu-isu semasa dan antarabangsa berkaitan Akidah, Pemikiran Islam, Tasawwuf, Perbandingan Agama, dan isu kemasyarakatan. Kertas kerja yang dibentangkan telah diabadikan dalam CD prosiding dengan pendaftaran nombor ISBN.

Tahniah kepada para pembentang dan penulis kertas kerja
Terima kasih kepada Dekan diatas kesudian merasmikan majlis
Tahniah khas kepada seluruh AJK, terutamanya AJK mahasiswa Persatuan Mahasiswa Pengajian Akidah dan Agama (PERWADAH)
Terima kasih kepada para penaja (MAINS, MAIWP, Yayasan Taqwa dan lain-lain)
Dan terima kasih kepada semua yang turut terlibat secara langsung dan tidak langsung

Semoga semua dirahmati Allah dan diberikan ganjaran yang berlipat kali ganda...Jumpa lagi dalam SIGMA 5, Insha Allah....

Wassalam

Pengarah SIGMA 4
Mohd Rosmizi Abd Rahman
Akidah and Religion Studies Program,
Faculty of Leadership and Management (FKP),
Islamic Science University of Malaysia (USIM).

Terima kasih lagi sekali! :)

Untuk melihat gambar dan suasana SIGMA 4, tekan sini ! :)

Wednesday 24 September 2014

JUMPA DI SIGMA 4!!


PENDAFTARAN TELAH PUN DITUTUP!!
TERIMA KASIH PADA ANDA YANG TELAH MENDAFTARKAN DIRI KE SEMINAR KEBANGSAAN PENGAJIAN AKIDAH DAN AGAMA 2014 (SIGMA 4)!!

NANTIKAN SIGMA 4!!
JUMPA DI SANA!!

Sunday 7 September 2014

TENTATIF SIGMA 4!


Tarikh: 27 September 2014 (Sabtu)
Masa: 8.00 am – 5.30 pm
Tempat: Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (FKP), USIM, Nilai, N. Sembilan.
Tema: Akidah dan Cabaran Pemikiran Islam Semasa.
Yuran pendaftaran : Hanya RM 15 sahaja!
(Termasuk makan, minum, sijil, cd, fail dan lain-lain lagi)


Ayuh!
Mari daftar dan sertai seminar kali ke-4 ini!
Akidah jitu, ummat berpadu!
JOM DAFTAR DI SINI!!

Thursday 21 August 2014

KENALI PEMBENTANG UTAMA SIGMA 4!

KEYNOTE 1

 Merupakan Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Penyelarasan Undang-undang di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).


KEYNOTE 2

   From Department of Usul al-Din and Comparative Religion,Kulliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences, International Islamic University Malaysia.


ACADEMIC QUALIFICATION :-
  • Bachelor in Philosophy - Bachelor Degree , University of Khartoum, Sudan
  • Master in Islamic Studies - Masters Degree , Temple University, Philadelphia
  • Master in Philosophy - Masters Degree , University of Khartoum, Sudan
  • Ph.D in Islamic Studies - Doctor of Philosophy , Temple University, Philadelphia
AREA OF SPECIALISATION :-
  • Philosophy ~Islamic Of Knowledge - Master of Arts in Philosophy university of Khartoum
  • Religious Studies ~Comparative Religion - Master of Arts in Religion Temple University
  • Religious Studies ~Islamic Studies - Doctor of Philosophy in Religion Temple University

KEYNOTE 3

Daripada Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA).


  • Berkelulusan Universiti Al-Azhar dalam bidang Usuluddin pada tahun 1992.
  • Master of Islamic Revealed Knowledge, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia pada tahun 1998.
  • Ph.D pengkhususan Kajian Ajaran Salah daripada Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur pada tahun 2006.
  • Kini beliau adalah Professor Madya di Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA).
  • Beliau telah banyak menulis buku-buku berkaitan dengan bidangnya. Antara buku-bukunya adalah "Akidah: Pemahaman & Perpecahan Umat Sepanjang Zaman" (2012) dan "Ajaran Sesat" (2013) terbitan Mustread Sdn Bhd.
******************************************************

TUNGGU APA LAGI ??
JOM SERTAI SIGMA 4 PADA 27 SEPTEMBER 2014!!
DAFTAR SEGERA DI SINI !!

******************************************************

Saturday 9 August 2014

TENTATIF SEMINAR KEBANGSAAN PENGAJIAN AKIDAH DAN AGAMA 2014 (SIGMA 4)


Saturday (27 SEPTEMBER 2014)

8.00 am - 8.20 am : Registration

8.20 am - 8.40 am : Opening Ceremony

8.40 am - 9.40 am : Keynote 1
Topic: Islamic/Shari’ah Law in Multi-religious Society: Issues, Challenges and Prospects
Presenter: Mdm Norliah Binti Sajuri
Ketua Penolong Pengarah
Bahagian Penyelarasan Undang-Undang
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
[Department of Islamic Development Malaysia]

9.40 am - 10.00 am : Tea time

10.00 am - 11.00 am : Keynote 2
Topic: Contemporary Issues and Challenges in Comparative Religion and Spirituality
Presenter: Prof. Dr. Ibrahim Mohamed Zein 
International Islamic University of Malaysia (UIAM)

11.00 am - 1.00 am : Parallel Session 1 (Sidang Selari 1)

1.00 pm - 2.00 pm : Zohor Prayer/Lunch

2.00 pm - 3.00 pm : Keynote 3
Topic: Deviant Teachings in Malaysia: Problems & Solutions
Presenter : Prof. Madya Dr. Engku Ahmad Zaki Engku Alwi 
Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)

3.00 pm - 5.00 pm : Parallel Session 2 (Sidang Selari 2)

5.00 pm - 5.30 pm : Asar Prayer/Tea Time

5.30 pm : Closing Ceremony/Dispersal

*********************************************************************

JOM DAFTAR SEKARANG DI SINI !!

******************************************************************************

Friday 8 August 2014

SEMINAR KEBANGSAAN PENGAJIAN AKIDAH DAN AGAMA 2014!


Seminar Kebangsaan Pengajian Akidah dan Agama dirangka bagi mendedahkan para mahasiswa /mahasiswi tentang pemahaman Ilmu Usuluddin dan Akidah Ahli Sunnah wal Jamaah yang sebenar. Di samping itu, seminar ini juga menghimpunkan mahasiswa dan mahasiswi yang menuntut di IPTA & IPTS di seluruh Malaysia dalam program Usuluddin dan Perbandingan Agama atau di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dikenali sebagai program Pengajian Akidah & Agama.

Tema kali ini adalah :-
Akidah dan Cabaran Pemikiran Islam Semasa.

Sehingga kini pihak penganjur masih dalam proses mempromosikan SIGMA 4 bagi mengumpul abstrak dan kertas kerja oleh para pembentang. Walaubagaimanapun, penganjur telah mensasarkan tajuk-tajuk kertas kerja akan merangkumi tema-tema berikut:
a)     Isu-isu teologi/ dan cabaran pemikiran Islam
b)    Isu-isu dan cabaran-cabaran semasa dalam Tasawwuf
c)     Ajaran dan pemikiran sesat semasa terhadap Islam
d)    Isu-isu dan cabaran-cabaran semasa dalam bidang Perbandingan Agama
e)     Isu-isu dan cabaran-cabaran dalam dialog dan kerjasama antara agama
f)     Gerakan dan serangan ideologi-ideologi semasa
g)    Pendekatan-pendekatan untuk memelihara dan menguatkan akidah Ahli Sunnah Wal Jama'ah
h)     Pendekatan-pendekatan untuk mengekalkan keharmonian antara masyarakat berbilang kaum, budaya dan agama
i)      Pengaruh dan cabaran pemikiran dari aliran-aliran islam yang lain (Wahabi, Syiah)
j)      Peranan kerajaan, NGO dan institusi islam yang lain dalam menghadapi isu-isu akidah dan pemikiran islam serta kerjasama antara agama.
k)     Dan lain-lain isu yang relevan.

Blog ini akan memberi maklumat dan info selanjutnya!