Bidang Pengajian
Akidah Dan Agama adalah salah satu daripada kepakaran yang diperjuangkan oleh
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) sebagai universiti awam ke-12 Malaysia.
Ini dapat dilihat dengan pendekatan USIM menawarkan bidang Pengajian Akidah Dan
Agama di peringkat Ijazah Sarjana Muda, Sarjana, dan Doktor Falsafah di bawah
Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (FKP) USIM, bersama-sama dengan tiga program
lain iaitu Komunikasi, Da'wah, dan Kaunseling.
FKP menerusi Program
Pengajian Akidah Dan Agama berjuang untuk menanamkan nilai-nilai murni dan
kebenaran akidah Islamiyyah sebagai asas pengurusan akidah yang mantap dan
kukuh. Penekanan juga diberi kepada pengurusan Islam yang berdasarkan
pembangunan dan kemantapan akidah, akhlak, dan unsur-unsur kerohanian dan
pembangunan modal insan, dan ini dilihat sebagai mampu meningkatkan keupayaan
organisasi mahupun masyarakat dalam menghadapi cabaran dalaman, tempatan dan
sekaligus cabaran yang lebih besar di peringkat global.
Seminar Antarabangsa Pengajian Akidah dan Agama
dirangka bagi mendedahkan para mahasiswa/wi serta masyarakat setempat tentang pemahaman
sebenar serta isu-isu semasa berkaitan dengan Ilmu Usuluddin, Akidah Ahli Sunnah
wal Jamaah, dan Ilmu Perbandingan Agama. Seminar ini menghimpunkan
pakar-pakar serta mahasiswa/wi dari dalam dan luar negara yang mendalami
ketiga-tiga cabang ilmu di atas. Pelbagai isu semasa yang berkaitan dengan tema
seminar akan dibincangkan dan dibentangkan.
Seminar Kebangsaan Pengajian Akidah dan Agama Kali Ke- I (SIGMA) telah
diadakan dengan jayanya pada 10 Disember 2011 bertemakan 'Metodologi
Akidah dan Kajian Agama'.
Seminar Kebangsaan Pengajian Akidah dan Agama Kali Ke- II (SIGMA) pula diadakan pada dengan membawakan tema yang sama iaitu Metodologi Akidah dan Kajian Agama'.
Kedatangan Islam yang
dibawa oleh pedagang Arab, Cina dan India ke Tanah Melayu membawa impak yang besar
kepada masyarakat Melayu pada ketika itu. Dunia keilmuan alam Melayu
kemudiannya terus berkembang pesat dengan kelahiran pelbagai kitab-kitab
seputar isu-isu akidah, tasawwuf dan falsafah. Manuskrip-manuskrip Melayu
seperti Sirat al-Mustaqim (Syeikh Nuruddin al-Raniri), Wardah al-Zawahir
(Syeikh Daud bin Abdullah al-Fatani ), Sayr al-Salikin ila 'Ibadah Rabb
al-'Alamin (Syeikh Abdul Samad al-Palembani) dan lain-lain terus menjadi
rujukan para ilmuan di institusi pengajian tradisional mahupun moden sehingga
kini.
Seminar Kebangsaan
Pengajian Akidah dan Agama Kali Ke- III (SIGMA) telah diadakan pada
28 September 2013 membawakan kelainan pada kali ini dengan tema 'Isu
Isu Akidah dan Perbandingan Agama di Tanah Melayu'.
Tema ini dikupas oleh ahli akademik tempatan dan antarabangsa yang dijemput
khas. Topik yang menjadi fokus kali ini adalah Ilahiyyat, Nubuwwat,
Sami'yyat, Firaq Islamiyyah, Tasawwuf, Pemikiran Islam, Perbandingan Agama,
Psikologi Agama, Sosiologi Agama, Antropologi Agama dan Dialog Antara Agama.
Bagi membentuk
kesinambungan kepada SIGMA pertama yang
dianjurkan pada tahun 2011 hingga 2013, Seminar Kebangsaan Pengajian Akidah
dan Agama Kali ke-IV (SIGMA 2014) bakal bertemakan "Akidah dan Cabaran
Pemikiran Islam Semasa". Seminar kali ini akan memberi penekanan kepada
pengumpulan data-data kajian, ulasan-ulasan akademik, mahupun
pengalaman-pengalaman professional bagi membolehkan konsep serta pemikiran
akidah Islamiah yang benar mengikut dorongan wahyu dapat diutarakan. Segala
maklumat yang dikumpul akan dinilai dan disusun semula bagi membolehkan ianya
difahami dengan lebih baik.
Nantikan..! Mari sertai SIGMA 4 kali ini..!
No comments:
Post a Comment